PROGRAM
BUAL BICARA BERSAMA CEO LHDNM PADA 12 MAC 2012
Pada
12 Mac 2012 yang lalu, Persatuan Pegawai Eksekutif Hasil Dalam Negeri (EXEC)
dengan kerjasama Jabatan Sumber Manusia telah menganjurkan Program Bual Bicara
bersama CEO LHDNM, YBhg. Dato’ Dr Mohd Shukor bin Hj Mahfar.
Program
ini bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 12.30 tengahari. En Bacho
b Abdul Karim iaitu Pengerusi Persatuan Pegawai Eksekutif Hasil Dalam Negeri
adalah moderator untuk program julung-julung kali diadakan ini. Seramai 650
orang peserta telah hadir untuk bersama-sama menjayakan program ini.
Pada
sesi bual bicara tersebut, YBhg Dato’ telah berkongsi pengalaman, cabaran dan
rahsia kejayaan dalam mencipta sejarah pungutan cukai yang tertinggi LHDNM.
Bual bicara ini turut menyentuh halatuju LHDNM tahun 2012 dan tahun-tahun
seterusnya.
Program
kali ini agak istemewa kerana tanggal 12 Mac 2012 juga adalah hari ulangtahun
yang ke-33 YBhg Dato’ CEO berkhidmat di JHDN/LHDNM. Pihak penganjur telah
mengadakan acara kejutan semasa acara memotong pulut kuning sempena sambutan
ke-33 tahun perkhidmatan YBhg Dato CEO.
Program bual bicara
ini berakhir pada jam 12.30 tengahari dan program diteruskan dengan Sepetang
Bersama YBhg Datuk TKPE(Pengurusan). Taklimat telah disampaikan oleh Pn Noraini
bt Mustafa, Pengarah Bahagian Pembangunan Organisasi.Taklimat ini bermula Jam
2.15 petang dan berakhir pada Jam 4.30 petang
No comments:
Post a Comment