Wednesday, December 5, 2012

Sekitar Mesyuarat Agung EXEC kali ke 4


 Mesyuarat diadakan di Dewan Bangsawan, LHDNM Cyberjaya

 Ucapan Aluan Tuan Presiden

 Penyerahan sumbangan untuk GAZA melalui Islamic Relief Malaysia


 
Pembentangan Laporan Aktiviti dan Kewangan 2011/2012

 Pembentangan Kertas Kerja berkaitan kerjaya dan kebajikan

 antara ahli dan perwakilan yang hadir


Wednesday, November 7, 2012

Hari Inovasi 2012


rat race 2.0




MBL 4 & Penyerahan Bangunan LHDNM Sg Petani


Majlis Idulfitri



Transfer Pricing Seminar



rat race 1.0


rat race 1.0

EXEC TALK 2012



PROGRAM BUAL BICARA BERSAMA CEO LHDNM PADA 12 MAC 2012
Pada 12 Mac 2012 yang lalu, Persatuan Pegawai Eksekutif Hasil Dalam Negeri (EXEC) dengan kerjasama Jabatan Sumber Manusia telah menganjurkan Program Bual Bicara bersama CEO LHDNM, YBhg. Dato’ Dr Mohd Shukor bin Hj Mahfar.
Program ini bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 12.30 tengahari. En Bacho b Abdul Karim iaitu Pengerusi Persatuan Pegawai Eksekutif Hasil Dalam Negeri adalah moderator untuk program julung-julung kali diadakan ini. Seramai 650 orang peserta telah hadir untuk bersama-sama menjayakan program ini.
Pada sesi bual bicara tersebut, YBhg Dato’ telah berkongsi pengalaman, cabaran dan rahsia kejayaan dalam mencipta sejarah pungutan cukai yang tertinggi LHDNM. Bual bicara ini turut menyentuh halatuju LHDNM tahun 2012 dan tahun-tahun seterusnya.
Program kali ini agak istemewa kerana tanggal 12 Mac 2012 juga adalah hari ulangtahun yang ke-33 YBhg Dato’ CEO berkhidmat di JHDN/LHDNM. Pihak penganjur telah mengadakan acara kejutan semasa acara memotong pulut kuning sempena sambutan ke-33 tahun perkhidmatan YBhg Dato CEO.
Program bual bicara ini berakhir pada jam 12.30 tengahari dan program diteruskan dengan Sepetang Bersama YBhg Datuk TKPE(Pengurusan). Taklimat telah disampaikan oleh Pn Noraini bt Mustafa, Pengarah Bahagian Pembangunan Organisasi.Taklimat ini bermula Jam 2.15 petang dan berakhir pada Jam 4.30 petang

Sunday, June 3, 2012

sekitar Majlis Penyampaian sumbangan kepada waris (kematian ahli EXEC )


Delegasi Lawatan EXEC ke Suruhanjaya Sekuriti Malaysia


Lawatan ke Agensi Percukaian Thailand

Monday, March 5, 2012



sekitar kunjungan EXEC-LHDNM ke Pejabat Agensi Percukaian Thailand




sekitar klinik golf EXEC

Seramai 20 peserta telah mendaftarkan diri dan hadir di Guthrie Golf Academy, Guthrie, Bukit Jelutong, Shah Alam untuk menyertai Klinik Golf 2012 anjuran Persatuan Pegawai Eksekutif Hasil Dalam Negeri (EXEC) [Peserta: En Yusmawi, En Azlan, En Peragalathan, En Badarudin, Pn Siti Aishah, En Rozaen, En Fazli, En Bacho, En Ahmad Nizzam, En Mohd Niza, En Syahroll, En Effendy, En Arif, En Razali, En Nasaruddin, En Jafni, En Radzi, En Zamil, En Anasfahmi dan En M. Balamuthu].
            Klinik Golf 2012 dikendalikan oleh dua pemain golf profesional Malaysia iaitu En Zamri Sariff dan En Amir. Semasa pendaftaran, semua peserta diberikan kelengkapan golf (iron, sand wedge, putter), sarung tangan baru (diberi percuma) dan juga bola golf (100 biji bola seorang).
            Pada sesi pagi, selepas sarapan pagi peserta diberikan taklimat pengenalan program dari segi keselamatan, undang-undang dan etika permainan. Selepas itu, peserta dibahagikan kepada dua kumpulan bagi mempelajari ‘basic drill’ (grip, posture, ball position dan swing technique) di ‘Driving Range’ dan di atas ‘green’. Sebelum itu, semua peserta menjalani ‘warming-up’ bagi mengelakkan berlakunya kecederaan.



            Sebelum peserta-peserta dilepaskan kepada 7 ‘flight’ untuk bermain di padang golf  sebenar, peserta menikmati juadah makan tengahari, rehat dan solat di tempat yang telah disediakan oleh Guthrie Golf Academy.
            Inilah acara yang ditunggu-tunggu oleh peserta Klinik Golf 2012. Semua peserta diberikan sepuluh bola golf beserta pin (diberikan terus oleh Guthrie Golf Academy), kad catatan markah dan dibahagikan kepada 7 ‘flight’ untuk mencuba padang golf 18 lubang di Guthrie Golf Academy. Masing-masing menggelarkan diri mereka sebagai Luke Donalds, Lee Westwood, Rory McIlroy, Martin Kaymer dan Tiger Woods.
Salah seorang peserta Klinik Golf 2012, En Azlan berkata, “permainan ini amat menakjubkan dan saya merasakan teruja untuk bermain”.


Guthrie Golf Academy telah menjanjikan hadiah misteri kepada peserta yang mencatatkan markah terbaik di dalam permainan golf di padang (markah terendah) dan juga kepada peserta yang berjaya membuat ‘hole in one’.
Saingan antara peserta memang hebat dan membanggakan kerana keputusan yang diperolehi amat memberangsangkan meskipun baru sahaja menghadiri Klinik Golf buat pertama kali, malah ada juga yang baru pertama kali memegang kayu golf. Mata yang paling rendah dicatatkan ialah 8 par dan mata yang paling banyak pula ialah 13 par. Malah, ada peserta yang mencatatkan mata ‘par’ bagi beberapa lubang golf.
Tahniah diucapkan kepada En Ahmad Nizzam kerana telah mencatatkan kutipan mata 8 par sekaligus melayakkan beliau menerima hadiah daripada Guthrie Golf Academy. Peserta-peserta Klinik Golf bersemangat untuk terus bermain golf secara serius sehingga merancang untuk membuat latihan secara serius dan intensif latihan 18 lubang pada setiap hari sabtu di Guthrie Golf Academy sebelum memasuki Kejohanan Golf anjuran EXEC bagi tahun 2012.




Tuesday, January 10, 2012

Klinik Golf Persatuan Pegawai Eksekutif Hasil Dalam Negeri Malaysia


YBh.Dato'/Datuk/Datin Sri/Datin/Tuan/Puan

2.            Sukacita dimaklumkan Persatuan Pegawai Eksekutif Hasil Dalam Negeri  Malaysia (EXEC) akan mengadakan Klinik Golf EXEC 2012 seperti berikut-

Tarikh                     : 11 Februari 2012
Tempat                : Guthrie Driving Range, Bukit Jelutong, Shah Alam
Masa                     : 8.00 pagi – 5.00 petang
Butiran Yuran     : Ahli EXEC – RM250.00
                                  Bukan Ahli – RM270.00
-          Golf Clinic Fee
-          Glove (akan dimiliki)
-          Golf Club: (iron, sand wedge, putter)
-          Makanan & Minuman: Range balls: (100 balls)
-          Course Fee

3.            Berikut adalah aturcara program Klinik Golf yang dirancang untuk rujukan mereka yang berminat:
8.00am - Sarapan Pagi
9.00am - Pengenalan Program
                        a) Keselamatan
                        b) Undang-undang
                        c) Etika Permainan
10.00am - Basic Drill
                        a) Grip
                        b) Posture
                        c) Ball Position
                        d) Swing Technique
12.00pm - Makan Tengahari
1.30pm - Bermain di Padang
5.00pm - Acara penutup
                - Bersurai
4.            Untuk makluman YBhg. Dato’/Datuk/Datin Sri/Datin/Tuan/Puan, Klinik Golf ini akan dikendalikan oleh En Zamri Sariff (Pro). Beliau memiliki beberapa kelayakan seperti yang dinyatakan di bawah:

·         Diploma in golfers training program
·         Professional golf carrier collage ( PGCC), United States.
·         Diploma in Professional Teaching, MPGA Academy

5.            Kami dengan sukacitanya ingin menjemput  pihak YBhg. Dato’/Datuk/Datin Sri/Datin/Tuan/Puan untuk menyertai Klinik Golf tersebut. Penyertaan Klinik Golf EXEC 2012 adalah terbuka kepada semua warga hasil.

6.          Penyertaan dan bayaran boleh berhubung dengan saya di sambungan 21159.

Sekian. Terima kasih

“ KESEPADUAN TERAS KEGEMILANGAN”

                                t.t.
(MOHAMMAD FAZLI LUTFFI BIN LATIFF)
Ketua Biro Sukan dan Rekreasi
Persatuan Pegawai Eksekutif Hasil Dalam Negeri Malaysia
Tel: 03-8138888 (ext:21159)  Fax: 603-83137861  h/p: 012-3065370

Perutusan Pengerusi EXEC sempena Tahun Baru 2012

Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia

Tuan-tuan dan puan-puan,

1.         Terlebih dahulu marilah kita memanjat kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T kerana kita dikurniakan umur yang panjang dan kesihatan yang baik untuk melangkah ke tahun baru ini. Semoga permulaan tahun baru ini akan memberikan keazaman dan semangat yang lebih kuat dengan etika kerja terpuji untuk kita sama-sama mencorak pengurusan kerja yang lebih cemerlang, inovatif dan berdaya maju selaras dengan aspirasi LHDNM untuk mengekalkan prestasi kutipan hasil 2011 di tahun 2012 dengan laungan dan azam “Meneroka Lautan Biru, Zon Kutipan Cukai 3 Digit”. 

2.         Hari ini kita sudah pun melewati tahun 2012, namun izinkan saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 2012 kepada semua ahli EXEC. Adalah menjadi harapan kita semua agar tahun 2012 ini menjadi tahun yang lebih gemilang dan cemerlang kepada Persatuan EXEC khususnya dan LHDNM amnya.

Penilaian Tahun 2011

3.         Saya rasa awal tahun baru adalah masa yang sesuai untuk kita menilai segala prestasi yang telah kita capai pada tahun yang lalu. Dengan membuat penilaian, kita boleh mengenal pasti dan mengambil tindakan yang sewajarnya untuk mengatasi segala kelemahan yang ada. Dalam tahun 2012 ini, kita akan menghadapi cabaran-cabaran baru di dalam memenuhi segala “ekspektasi” ahli dan LHDNM. Saya harap semua ahli EXEC akan menjalankan tugas mereka dengan bersikap penuh bertanggungjawab, jujur dan segera atau “with a sense of urgency, responsibility and honesty”. Kita patut menghayati, memahami dan seterusnya melaksanakan segala amanat dan seruan  YBhg. Dato’ Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) LHDNM melalui beberapa siri “Perutusan CEO” kepada semua warga hasil yang menjelaskan segala aspirasi, hala tuju dan strategi yang ingin dibawa dan dilaksanakan oleh YBhg. Dato’ CEO bagi menjadikan LHDNM sebuah agensi pemungut hasil terunggul di persada negara dan dunia.


4.         Kita tinggalkan tahun 2011 dengan penuh kenangan dan kejayaan yang membanggakan. Tahniah kepada exco dan ahli EXEC yang telah bertungkus lumus bagi memastikan setiap program dan aktiviti yang dianjurkan berjaya dilaksanakan. Semoga kejayaan ini akan memperkuatkan lagi keazaman dan semangat kita semua untuk meneruskan visi dan misi Persatuan demi menjaga kemaslahatan ahli dan membantu LHDNM mencapai objektif yang ditetapkan.

5.         Sepanjang tahun lalu, pelbagai program dan aktiviti telah dilaksanakan,  syabas kepada semua Exco dan ahli EXEC kerana mampu mengangkat martabat dan mencipta sejarah berpersatuan di peringkat LHDNM dan negara. Ini semua tercipta dengan sokongan Exco dan semua ahli di dalam merealisasi dan menjadikan Persatuan EXEC sebuah organisasi terunggul di LHDNM dan persada negara. Oleh itu bolehlah saya menyimpulkan bahawa tuan-tuan dan puan-puan merupakan nadi penggerak bagi kemajuan EXEC masa kini dan akan datang.

Cabaran dan Hala Tuju Tahun 2012

Tuan-tuan dan puan-puan,

6.         Melangkah masuk ke tahun baru, bermakna kita juga perlu sensitif terhadap perubahan persekitaran supaya kita dapat memperolehi manfaat daripadanya. Kita tidak boleh bersifat leka dengan apa yang telah kita lakukan, atau apa yang kita capai pada tahun lalu dengan tidak menyedari perubahan persekitaran yang berlaku di sekeliling kita. Perubahan adalah satu faktor yang tetap akan mempengaruhi gerak langkah kita. Justeru itu, kita tidak boleh reaktif sahaja di dalam melihat perubahan-perubahan ini.  Sistem, prosedur dan orang lain boleh berusaha untuk mendorong atau motivate kita untuk menghadapi persekitaran ini, tetapi hakikatnya individu itu sendiri dari segi sikapnya dan mindanya samada boleh berubah menyesuaikan dengan perubahan-perubahan ini.

7.         Saya amat berharap agar semua ahli EXEC mengubah sikap dan minda ke arah meningkatkan tahap kecemerlangan perkhidmatan sebagaimana seruan YBhg. Dato’ CEO semasa perhimpunan bulanan pada 5 Januari 2012 di Ibu Pejabat LHDNM Cyberjaya dan ketika Ucaptama YBhg. Dato’ CEO ketika Mesyuarat Pengurusan Atasan Bil 1/2012 pada 9 Januari 2012 di Hotel Pullman Kuching Sarawak yang telah mengariskan secara jelas akan hala tuju dan strategi LHDNM pada tahun 2012 yang memerlukan suatu anjakan paradigma, budaya kerja cemerlang, berfikiran positif dan bekerja secara kreatif dan inovatif di dalam mendepani segala cabaran untuk memenuhi “ekspektasi” Kerajaan dan rakyat Malaysia.

Tuan-tuan dan puan-puan,

8.         Saya percaya pada tahun ini tuan-tuan dan puan-puan akan terus meningkatkan lagi azam dan tekad masing-masing untuk memberi sumbangan yang lebih baik dalam melaksanakan tugas dengan penuh tanggungjawab, amanah, jujur, cekap dan adil. Adalah menjadi cabaran kepada kita semua untuk membantu pihak pengurusan LHDNM dengan imej yang bersih dan perkhidmatan yang berkesan. Jaminan ini adalah pengukur kepada kecemerlangan organisasi. Untuk bersaing dalam arus pemodenan ini, kita perlu membina sistem kerja yang berprestasi tinggi, menggunakan bakat dan kemahiran serta teknologi yang lebih baik. Bagi mencapainya, kita perlu kembali kepada usaha untuk meningkatkan kualiti dari satu tahap ke satu tahap yang lebih baik secara menyeluruh dan ianya perlu diadakan pada setiap masa dan secara berterusan. Apa yang pasti, kecemerlangan bukan sesuatu yang mutlak, sekiranya kita tidak mengikutinya, maka kita akan ketinggalan.

9.         Sebagai sebuah persatuan yang diwakili oleh pegawai eksekutif bermula daripada gred 41 dan ke atas, saya amat berharap agar semua ahli bekerjasama dan saling melengkapi antara satu sama lain supaya setiap program dan aktiviti yang kita laksanakan sentiasa berjalan lancar dan mencapai matlamat yang ditetapkan. “Execution is really the critical part of successful strategy. Getting it done, getting it done right, getting it done better” adalah cabaran yang perlu kita hadapi. Ini memerlukan usaha yang kuat dan komitmen yang tinggi. Atas sebab itulah kita merebut peluang dan memberi peluang kepada semua ahli untutk meningkatkan potensi diri dan kualiti peribadi dalam meningkatkan pretasi dalam perlaksanaan tugas serta pembangunan dan kemajuan kerjaya ahli masing-masing.

10.       Saya pasti, program dan aktiviti yang diadakan untuk setiap ahli, akan membantu ahli mengasah bakat, meningkatkan kemahiran diri dan pengetahuan secara teori mahupun praktikal. Adalah diharap dengan usaha-usaha yang kita jalankan akan mewujudkan suasana pembelajaran berterusan dan amalan budaya organisasi pembelajaran dapat dilaksanakan di LHDNM. Tentunya, keutuhan dan kekukuhan persatuan seperti EXEC ini sangat bergantung kepada komitmen dan kesungguhan dan etika kerja berpasukan daripada setiap ahlinya. Maka, setiap ahli  di EXEC ini perlu memahami peranan masing-masing di dalam memastikan setiap apa yang dirancang oleh Persatuan berjaya mencapai objektifnya di samping melahirkan ahli yang mempunyai etika kerja yang terpuji dan berbudi pekerti mulia disamping komited di dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan oleh LHDNM.

Tuan-tuan dan puan-puan,

11.       Saya bersyukur ke hadrat Allah S.W.T atas kejayaan kita dan saya ucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua Exco dan Ahli EXEC atas segala sokongan dan kerjasama yang telah diberikan dalam mengendalikan aktiviti dan program sepanjang tahun 2011. Saya berharap tuan-tuan dan puan-puan terus memberi sokongan dan komitmen kepada EXEC. Bukalah minda seluas-luasnya untuk menerima perubahan yang baik serta belajarlah dari kesilapan lalu agar kita akan  terus bangkit untuk mencapai kejayaan.

12.       Kejayaan dalam mencapai hala tuju EXEC memerlukan sokongan padu semua ahli. Saya menyeru kepada semua ahli agar memberi tumpuan dan fokus kepada tanggungjawab dan peranan yang diamanahkan serta bersama-sama seiring dan sejalan di dalam membantu pihak pengurusan LHDNM di bawah kepimpinan YBhg Dato’ CEO di dalam mencapai segala matlamat yang disasarkan.

Program dan Aktiviti 2012

13.       Bagi tahun 2012, program-program yang dirancang adalah lebih mencabar dari sebelum ini. Program-program yang dirancang ini diharap akan meningkatkan lagi imej Persatuan di mata pihak pengurusan dan menjadi “bench mark” kepada kesatuan, kelab dan persatuan yang berada di LHDNM. Walau bagaimanapun, saya pasti kita boleh melaksanakannya. Berusahalah dengan lebih gigih demi memastikan semua program dan aktiviti EXEC yang dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya. Semoga usaha dan semangat kental ini akan membuahkan kejayaan sebagaimana yang diharapkan. Sesungguhnya kejayaan Persatuan ini adalah kejayaan kita semua.

14.       Selain itu, program mentoring dan coaching juga akan dilaksanakan di peringkat Persatuan bagi meningkatkan pembangunan modal insan di kalangan ahli EXEC. Ini dapat dilaksanakan dengan memberI peluang kepada semua ahli untuk menjadi ahli jawatankuasa atau peserta di dalam setiap program dan aktiviti yang diadakan. Dengan cara ini, proses mentoring dan coaching dapat dijalankan dengan berkesan. Kita juga akan merangka strategi untuk memastikan program ini berjalan dengan teratur dan berkesan disemua peringkat ahli dan cawangan.

15.       Disamping itu, peranan Ahli Pembimbing Rakan Sekerja (AKRAB) akan dicadangkan kepada pihak pengurusan agar dapat diwujud dan ditubuhkan di LHDNM, di mana diharapkan AKRAB menjadi medium untuk sesama pegawai membantu meningkatkan kendiri kemahiran dan produktiviti. Justeru itu, ceramah motivasi, intervensi dan program peningkatan kendiri akan cuba dilaksanakan oleh pihak Persatuan untuk memastikan ahli menerima kesan positif daripada program AKRAB yang akan dicadangkan ini.

Tuan-tuan dan Puan-puan

16.       Selari dengan hasrat meningkatkan perkhidmatan kepada pembayar cukai, kita perlu meningkatkan ilmu sebab tanpa ilmu kita tidak akan menjadi lebih cekap. Kita sekarang hidup dalam era yang mencabar dan kita tidak boleh ketinggalan dalam dunia teknologi di mana kemajuan Information Technology and Communications (ITC) berlaku dengan pesat. Kita akan ketinggalan zaman jika kita tidak mengambil tindakan untuk menambah pengetahuan. Saya harap setiap ahli EXEC akan berusaha meningkatkan pengetahuan masing-masing dengan mengikuti setiap program dan aktiviti yang dirancangkan. Disamping itu juga adalah diharapkan agar setiap ahli lebih pro aktif di dalam meningkatkan kemahiran dan pengetahuan dengan memohon dan mengikuti kursus jangka pendek atau panjang yang diadakan secara dalaman atau luaran di institusi-institusi latihan tempatan seperti APM, INTAN dan universiti tempatan.

17.       Pihak Persatuan akan mencadangkan kepada pihak pengurusan supaya diperbanyakkan peluang berkursus kepada pegawai. Pemilihan kursus pula hendaklah menepati bidang tugas dan keperluan pegawai.  Saya berharap dengan latihan dan pendidikan yang disediakan, setiap ahli akan berupaya mewujudkan “mind-shift” selaras dengan tujuan kerajaan untuk membekalkan satu ‘workforce” yang amat bertanggungjawab, berpengetahuan tinggi, cekap, bersifat amanah dan ikhlas dalam menjalankan tugas.


Penutup dan Harapan

Tuan-tuan dan Puan-puan

18.       Akhir kata, saya harap semua ahli EXEC berazam untuk mempertingkatkan prestasi diri dan organisasi. Kita perlu senantiasa berwaspada dan menjaga penampilan kita sebagai pegawai eksekutif kepada orang awam dan pegawai sokongan. Persepsi yang positif oleh orang awam dan pegawai sokongan akan memberikan gambaran dan imej yang unggul daripada pihak terbabit akan sikap, kewibawaan dan budaya kerja dalam diri kita. Semua ini hanya dapat dijadikan kenyataan jika kita sama-sama melangkah kehadapan dengan penuh komitmen dan keazaman serta bekerja dengan sesungguh hati serta ikhlas untuk meningkatkan kecemerlangan LHDNM.
 
Buat penutup, saya sekali lagi mengucapkan kepada semua “Selamat Tahun Baru”, “Selamat Tahun Baru Cina” dan “Selamat Maju Jaya”.

 Sekian, terima kasih.

“KESEPADUAN TERAS KEGEMILANGAN”

BACHO ABDUL KARIM
Pengerusi
Persatuan Pegawai Eksekutif Hasil Dalam Negeri Malaysia