Monday, March 5, 2012



sekitar kunjungan EXEC-LHDNM ke Pejabat Agensi Percukaian Thailand




sekitar klinik golf EXEC

Seramai 20 peserta telah mendaftarkan diri dan hadir di Guthrie Golf Academy, Guthrie, Bukit Jelutong, Shah Alam untuk menyertai Klinik Golf 2012 anjuran Persatuan Pegawai Eksekutif Hasil Dalam Negeri (EXEC) [Peserta: En Yusmawi, En Azlan, En Peragalathan, En Badarudin, Pn Siti Aishah, En Rozaen, En Fazli, En Bacho, En Ahmad Nizzam, En Mohd Niza, En Syahroll, En Effendy, En Arif, En Razali, En Nasaruddin, En Jafni, En Radzi, En Zamil, En Anasfahmi dan En M. Balamuthu].
            Klinik Golf 2012 dikendalikan oleh dua pemain golf profesional Malaysia iaitu En Zamri Sariff dan En Amir. Semasa pendaftaran, semua peserta diberikan kelengkapan golf (iron, sand wedge, putter), sarung tangan baru (diberi percuma) dan juga bola golf (100 biji bola seorang).
            Pada sesi pagi, selepas sarapan pagi peserta diberikan taklimat pengenalan program dari segi keselamatan, undang-undang dan etika permainan. Selepas itu, peserta dibahagikan kepada dua kumpulan bagi mempelajari ‘basic drill’ (grip, posture, ball position dan swing technique) di ‘Driving Range’ dan di atas ‘green’. Sebelum itu, semua peserta menjalani ‘warming-up’ bagi mengelakkan berlakunya kecederaan.



            Sebelum peserta-peserta dilepaskan kepada 7 ‘flight’ untuk bermain di padang golf  sebenar, peserta menikmati juadah makan tengahari, rehat dan solat di tempat yang telah disediakan oleh Guthrie Golf Academy.
            Inilah acara yang ditunggu-tunggu oleh peserta Klinik Golf 2012. Semua peserta diberikan sepuluh bola golf beserta pin (diberikan terus oleh Guthrie Golf Academy), kad catatan markah dan dibahagikan kepada 7 ‘flight’ untuk mencuba padang golf 18 lubang di Guthrie Golf Academy. Masing-masing menggelarkan diri mereka sebagai Luke Donalds, Lee Westwood, Rory McIlroy, Martin Kaymer dan Tiger Woods.
Salah seorang peserta Klinik Golf 2012, En Azlan berkata, “permainan ini amat menakjubkan dan saya merasakan teruja untuk bermain”.


Guthrie Golf Academy telah menjanjikan hadiah misteri kepada peserta yang mencatatkan markah terbaik di dalam permainan golf di padang (markah terendah) dan juga kepada peserta yang berjaya membuat ‘hole in one’.
Saingan antara peserta memang hebat dan membanggakan kerana keputusan yang diperolehi amat memberangsangkan meskipun baru sahaja menghadiri Klinik Golf buat pertama kali, malah ada juga yang baru pertama kali memegang kayu golf. Mata yang paling rendah dicatatkan ialah 8 par dan mata yang paling banyak pula ialah 13 par. Malah, ada peserta yang mencatatkan mata ‘par’ bagi beberapa lubang golf.
Tahniah diucapkan kepada En Ahmad Nizzam kerana telah mencatatkan kutipan mata 8 par sekaligus melayakkan beliau menerima hadiah daripada Guthrie Golf Academy. Peserta-peserta Klinik Golf bersemangat untuk terus bermain golf secara serius sehingga merancang untuk membuat latihan secara serius dan intensif latihan 18 lubang pada setiap hari sabtu di Guthrie Golf Academy sebelum memasuki Kejohanan Golf anjuran EXEC bagi tahun 2012.