Tuesday, November 9, 2010

Seminar bersama MEF

info kebajikan


Tuan/Puan/Saudara/Saudari Yang Dikasihi Sekalian,

2.         Dimaklumkan bahawa Ketua Biro Kebajikan & Sosial EXEC iaitu En. Jamaluddin Bin Othman dan saya telah menziarahi En.Mohd Khairul Bin Ismail di Institut Jantung Negara (IJN) pada pukul 12.45 tengahari ini iaitu di Wad ICU, Tingkat 1, Blok B (MICU). Pihak kami telah dimaklumkan bahawa anak beliau telah selamat menjalani pembedahan dan Alhamdulillah  kini anak beliau berada  dalam keadaan stabil dan ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

3.         Sehubungan dengan itu pihak kami telah menyampaikan sumbangan Ikhlas daripada ahli-ahli EXEC seluruh negara kepada En. Mohd Khairul Bin Ismail sebanyak RM 3,282 /- bagi mengurangkan beban yang ditanggung  oleh beliau sekeluarga.

4.         Oleh itu kepada sesiapa yang ingin berhubung atau menziarahi anak beliau boleh menghubunginya di nombor telefon 019-2626414. Beliau juga melahirkan rasa terharu dan mengucapkan berbanyak terima kasih atas sumbangan daripada semua ahli EXEC di seluruh Negara.

5.         Akhir sekali Persatuan EXEC juga mengambil kesempatan mengucapkan berbanyak terima kasih atas sokongan dan bantuan yang telah diberikan oleh semua ahli EXEC dan wakil-wakil EXEC Cawangan yang telah memainkan peranan yang cukup penting dan penuh komitmen.

Sekian, terima kasih.

Wassallam.

“KESEPADUAN TERAS KEGEMILANGAN”

Mohd Razali Bin Abd Majid
AJK Pusat EXEC.

Sunday, November 7, 2010

Kem Motivasi Cuti Sekolah




YBhg. Dato’/Datin Sri/ Datin/Tuan/ Puan,
Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa Persatuan Pegawai Eksekutif Hasil Dalam Negeri Malaysia (EXEC) akan menganjurkan Program KEM MOTIVASI CUTI SEKOLAH yang akan diadakan seperti butiran berikut :
         
PERKARA
MAKLUMAT
Tarikh      
:     30 NOV 2010 , 1 DAN 2 DIS. 2010
Tempat  
:  kem Lambaianan Sg Gabai Hulu Langat
Pelajar                                             
: 9 - 15 tahun
Yuran Penyertaan – Anak Ahli EXEC              
:     RM 160
Yuran Penyertaan – Anak Bukan Ahli EXEC 
:     RM 180



3.         Sehubungan itu, persatuan mengalu-alukan penyertaan daripada semua anak-anak ahli  dan bukan Ahli EXEC untuk menyertai program tersebut yang akan dikendalikan oleh iRSB Training & Consultant.

4.         Kepada pegawai-pegawai yang berminat untuk menghantar anak-anak mereka menyertai program di atas boleh menghubungi atau menghantar email terus kepada AJK Biro Kebajikan EXEC seperti di bawah ini.

           
Bil.
AJK Biro Kebajikan
Jabatan/Cawangan
Sambungan Telefon
1.
En. Jamaludin Othman
Jalan Duta
31295
2.
Pn. Nasrah Binti Badri
Cawangan Pungutan
33389
3
Tn. Hj Mohd Razali Abd Majid
Jabatan Cukai Multinasional
31065



5.         Adalah dimaklumkan bahawa tarikh tutup pendaftaran bagi penyertaan program KEM MOTIVASI CUTI SEKOLAH INI tersebut adalah selewat-lewatnya pada 19 NOV 2010 (Jumaat) [bayaran boleh dibuat selewat-lewatnya pada 29 NOV 2010]  Bersama-sama ini dilampirkan borang penyertaan program, tentative program dan keperluan pelajar.
6.         Sokongan dan kerjasama YBhg. Dato’/Datin Sri/ Datin/Tuan/ Puan bagi menggalakkan anak-anak menyertai program ini amat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih

Sekian, Wassallam.


Kesepaduan Teras Kegemilangan

EXEC Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

tt
Mohd Razali Bin Abd Majid
AJK Biro Kebajikan
Telefon 03-62091000 Sambungan 31065



borang penyertaan


Wednesday, November 3, 2010

Hari Inovasi 2010

EXEC Bil 1/2010

Buletin EXEC
Bil 1/2010

9 OGOS 2010- Pertemuan yang diadakan pada hari ini adalah inisiatif daripada YBhg. Tan Sri Hasmah Bt Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif LHDNM untuk mencari jalan penyelesaian dan titik kerjasama antara Persatuan EXEC dan IROU.

Perbincangan adalah berkisar kepada perkara-perkara berikut:
                                                                i) Peranan Persatuan EXEC dan IROU

YBhg. Tan Sri menyatakan bahawa pada peringkat awal penubuhan EXEC, beliau berharap agar Persatuan EXEC dapat memainkan peranan yang utama di LHDNM sebagai satu badan yang dapat mewujudkan jaringan dan hubungan yang luas di antara kalangan pegawai-pegawai LHDNM dan antara pegawai LHDNM dengan pihak luar. Beliau juga mengharapkan Persatuan menjadi satu platform kepada pegawai untuk mengadakan aktiviti sosial dan mencungkil serta mengasah bakat-bakat kepimpinan di LHDNM. YBhg. Tan Sri menyarankan agar keahlian Persatuan dibuka dari Gred 6 dan ke atas untuk membolehkan suara dan keahlian Persatuan menyeluruh serta meliputi semua lapisan pegawai. YBhg. Tan Sri telah dimaklumkan bahawa keahlian Persatuan telah pun dibuka sehingga kepada Gred 1 bermula pada 2 Februari 2010.

YBhg. Tan Sri menyarankan agar keahlian Persatuan dibuka dari Gred 6 dan ke atas untuk membolehkan suara dan keahlian Persatuan menyeluruh serta meliputi semua lapisan pegawai.



YBhg. Tan Sri juga memahami objektif penubuhan Persatuan EXEC yang antaranya adalah untuk menangani sebarang permasalahan dan isu dalam memastikan hak-hak, kepentingan-kepentingan dan kebajikan ahli terjaga dan terbela. Dan seterusnya menggalakkan pertemuan dan penyertaan ahli di dalam memberi pendapat, idea, cadangan komen dan penambahbaikan dalam menyelesaikan permasalahan dan isu yang timbul secara muafakat.

YBhg. Tan Sri juga memahami objektif penubuhan Persatuan EXEC yang antaranya adalah untuk menangani sebarang permasalahan dan isu dalam memastikan hak-hak, kepentingan-kepentingan dan kebajikan ahli terjaga......’

Justeru untuk membolehkan Persatuan membawa isu-isu yang berkaitan perkhidmatan pegawai Gred7/41, YBhg. Tan Sri menyarankan agar Persatuan EXEC menjalinkan kerjasama dengan pihak IROU untuk mencapai objektif penubuhan persatuan tersebut. Kerjasama yang diwujudkan nanti membolehkan Persatuan menyediakan kertas kerja cadangan dan dikemukakan kepada pihak IROU manakala pihak IROU pula akan membawa kertas kerja atau isu yang dikemukakan kepada pihak pengurusan sama ada melalui MBL atau mesyuarat dengan pihak pengurusan.

Menurut YBhg. Tan Sri, pada masa ini beliau masih melihat IROU adalah satu-satunya badan yang boleh membawa isu-isu perkhidmatan pegawai Gred 7 kepada pihak pengurusan. Walaupun beliau mengakui dan sedar bahawa Dasar Kerajaan melalui beberapa Pekeliling Perkhidmatan memberi ruang dan membenarkan Persatuan pegawai membawa isu-isu perkhidmatan kepada pihak pengurusan melalui MBL. Buat masa ini di dalam konteks LHDNM, Isu-isu perkhidmatan yang melibatkan pegawai Gred 7/41, hanya IROU yang boleh membawa isu ini kerana keahlian IROU adalah juga terdiri daripada Gred 7/41 dan bagi mengelakkan perpecahan di kalangan pegawai. Selain itu juga menurut YBhg. Tan Sri, beliau khuatir sekiranya Persatuan dibenarkan membawa isu-isu perkhidmatan Gred 7/41, semua pegawai Gred 7/41 di dalam IROU akan keluar daripada menjadi ahli IROU. Justeru untuk mengelakkan daripada perkara ini berlaku beliau memutuskan supaya kerjasama ini dijalinkan. Walau bagaimanapun bagi pegawai Gred 7 kanan/44 dan ke atas Persatuan boleh membawa isu-isu perkhidmatan tersebut terus kepada pihak pengurusan.
‘Walau bagaimanapun bagi pegawai Gred 7 kanan/44 dan ke atas Persatuan boleh membawa isu-isu perkhidmatan tersebut terus kepada pihak pengurusan.’


                                                               
                                                                ii) Kerjasama Antara Pihak EXEC dan IROU

Persatuan EXEC menyambut baik saranan dan inisiatif YBhg. Tan Sri untuk mencari jalan penyelesaian ke atas isu-isu yang berbangkit dan bagi mengeratkan hubungan serta menguraikan salah faham yang berlaku di antara kedua-dua pihak selama ini. Pihak Persatuan menyatakan bahawa hasrat untuk bekerjasama telah pun dibawa oleh Persatuan EXEC melalui pertemuan yang diadakan dengan Exco IROU pada 11 Februari 2010, walau bagaimanapun pihak IROU menjelaskan bahawa hasrat untuk bekerjasama tidak dapat dijalinkan memandangkan Akta Kesatuan Sekerja menghalang sebarang kerjasama dengan pihak Persatuan dalam isu-isu ‘Bread & Butter’. Kerjasama hanya boleh dijalankan dalam konteks aktiviti sosial sahaja. Pihak IROU juga menjelaskan bahawa Persatuan tidak mempunyai ‘locus standi’ di dalam membawa isu-isu perkhidmatan pegawai Gred 7/41. Namun sekiranya sebarang kertas kerja atau isu-isu yang dikemukakan di atas kapasiti individu dan ahli IROU, pihak IROU tiada halangan untuk membawa perkara ini kepada pihak pengurusan tetapi tidak atas kapasiti Persatuan.

‘Persatuan menyatakan bahawa hasrat untuk bekerjasama telah pun di bawa oleh Persatuan EXEC melalui pertemuan yang diadakan dengan Exco IROU pada 11 Februari 2009 namun pihak IROU….’

Persatuan berpandangan dan berpendirian bahawa isu-isu perkhidmatan tidak hanya boleh dibawa oleh Kesatuan sahaja tetapi juga oleh Persatuan. Akta Kesatuan Sekerja hanya menyatakan Kesatuan tidak boleh bekerjasama dengan pihak Persatuan tetapi tidak menyatakan bahawa hanya Kesatuan Sekerja sahaja boleh membawa isu-isu perkhidmatan kepada majikan. Ini jelas apabila Dasar Kerajaan melalui beberapa Pekeliling Perkhidmatan yang dikeluarkan kepada Jabatan/agensi kerajaan menyatakan bahawa Persatuan dibolehkan membawa dan berbincang isu-isu perkhidmatan pegawai bersama-sama dengan pihak majikan di dalam MBL atau mesyuarat bersama pihak pengurusan.
Dasar Kerajaan melalui beberapa Pekeliling Perkhidmatan yang dikeluarkan kepada Jabatan/agensi kerajaan menyatakan bahawa Persatuan dibolehkan membawa dan berbincang isu-isu perkhidmatan pegawai



 ‘Oleh itu, anggapan Kesatuan (IROU) berhubung isu ‘Bread & Butter’ atau ‘Locus Standi’ hendaklah diperbetulkan untuk mengelakkan persepsi yang salah berhubung peranan Persatuan di dalam isu ini. Pihak Persatuan juga menegaskan bahawa perbezaan di antara Persatuan dan Kesatuan adalah .........’

Oleh itu, anggapan Kesatuan (IROU) berhubung isu ‘Bread & Butter’ atau ‘Locus Standi’ hendaklah diperbetulkan untuk mengelakkan persepsi yang salah berhubung peranan Persatuan di dalam isu ini. Pihak Persatuan juga menegaskan bahawa perbezaan di antara Persatuan dan Kesatuan adalah di mana pihak Persatuan tiada kuasa untuk membuat dan mengambil bahagian dalam mengambil tindakan piket, demontrasi atau tindakan perusahaan melalui mahkamah perusahaan.

Sebagai menyahut saranan YBHg. Tan Sri KPE ketika pertemuan pihak Persatuan EXEC pada 17 Jun 2010, Persatuan EXEC telah bersetuju supaya isu-isu perkhidmatan Gred 7/41 dibawa melalui pihak IROU. Keputusan ini dibuat demi kebaikan bersama dan atas dasar menghormati peranan IROU di dalam membawa isu-isu semua pegawai teknikal termasuk Gred 7/41.

Tindakan pihak Persatuan yang membawa isu-isu Perkhidmatan yang melibatkan pegawai Gred 7/41 pada sebelum ini adalah disebabkan keengganan pihak IROU untuk bekerjasama dan menerima sebarang kertas kerja atas kapasiti Persatuan. Namun untuk memenuhi permintaan ahli, pihak Persatuan telah mengambil langkah-langkah yang tidak disenangi oleh pihak IROU iaitu dengan membawa isu-isu perkhidmatan ini terus kepada pihak YBHg. Tan Sri atau pihak pengurusan. Dalam hal ini YBhg. Tan Sri bersetuju dengan pandangan Persatuan.

Tindakan pihak Persatuan yang membawa isu-isu Perkhidmatan yang melibatkan pegawai Gred 7/41 pada sebelum ini adalah disebabkan keengganan pihak IROU untuk bekerjasama dan menerima sebarang kertas kerja atas kapasiti Persatuan

YBHG. Tan Sri, berpandangan bahawa tidak menjadi satu kesalahan sekiranya Pihak IROU menerima cadangan/kertas kerja Persatuan yang dibuat secara kolektif antara semua ahli yang juga adalah terdiri daripada ahli IROU dan bukan ahli. Walau bagaimanapun pihak IROU berpendirian bahawa kerjasama atau kertas kerja hanya boleh diterima sekiranya ianya adalah atas kapisiti ahli dan bukannya Persatuan.



Untuk rumusan, YBhg. Tan Sri berharap agar kerjasama ini dapat diteruskan di mana sebarang isu-isu perkhidmatan Gred 7 dibawa melalui pihak IROU dan pihak IROU sewajarnya menerima cadangan atau isu-isu yang dibawa oleh persatuan demi kebaikan semua pihak.


                                                                iii) Pelarasan Gaji 2012

Lanjutan daripada perjumpaan Persatuan EXEC dengan YBhg. Tan Sri pada 17 Jun 2010, YBhg. Tan Sri telah menyatakan perlu adanya peratusan yang ideal dalam pelarasan gaji bagi pegawai Gred 7/41. Pada ketika itu pihak persatuan telah berhujah berdasarkan hakikat seperti dibawah:

                                                                 Wujudnya suasana tidak harmoni di kalangan pegawai dan kumpulan sokongan ekoran jurang perbezaan gaji di antara pegawai dan kumpulan sokongan yang semakin hampir berbanding beban dan tanggungjawab kerja yang jauh berbeza. Suasana ini sekaligus akan melahirkan rasa tidak puas dan dikhuatiri akan menyebabkan motivasi serta semangat kerja pegawai terjejas.

YBhg. Dato’ Dr. Siti mengakui wujudnya jurang gaji yang semakin mengecil di antara pegawai dan kumpulan sokongan. Menurut YBhg. Dato’ Dr. Siti lagi, di dalam pelarasan gaji 2012, isu-isu yang telah dinyatakan oleh pihak Persatuan telah diambil kira dan dicadangkan peratusan gaji pegawai Gred 7/41 lebih baik berbanding dengan kumpulan sokongan..

                                                                Akan berlakunya nanti satu keadaan di mana ramai pegawai yang berpengalaman lagi berkemahiran akan keluar daripada orgasnisasi yang dicintai ini.

                                                                Wujudnya fenomena di mana kurang staf yang akan menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Lantaran daripada hujah yang diberikan, YBhg Dato’ Dr Siti telah dipanggil dan diminta untuk menerangkan status penyediaan pelarasan gaji 2012. YBhg. Dato’ Dr. Siti mengakui wujudnya jurang gaji yang semakin mengecil di antara pegawai dan kumpulan sokongan. Menurut YBhg. Dato’ Dr. Siti lagi, di dalam pelarasan gaji 2012, isu-isu yang telah dinyatakan oleh pihak Persatuan telah diambil kira dan dicadangkan peratusan gaji pegawai Gred 7/41 lebih baik berbanding dengan kumpulan sokongan.
Pada pertemuan kali ini, sekali lagi YBhg. Tan Sri menyentuh isu pelarasan gaji pegawai, dimana pada pandangan beliau terdapat kepincangan gaji di kalangan pegawai dan pegawai kumpulan sokongan. Pada pengamatan YBhg. Tan Sri, gaji pegawai kumpulan sokongan tidak sepatutnya


melepasi gaji kumpulan pegawai terutama pegawai Gred 7/41. Justeru di dalam pelarasan gaji akan datang beliau telah meminta supaya peratusan pelarasan gaji Gred 7/41 adalah lebih tinggi berbanding dengan gaji gred pegawai kumpulan sokongan. Ini adalah untuk membetulkan semula kepincangan yang berlaku akibat daripada pelarasan gaji yang telah berlaku sebelum ini iaitu pada tahun 2000 dan 2007.

                                                                iv) Peranan Persatuan EXEC Pada Masa Akan Datang

…Persatuan EXEC perlu memainkan peranan yang lebih penting lagi iaitu mewujudkan hubungan rangkaian sosial dengan Persatuan-persatuan lain bukan sahaja di LHDNM tetapi melibatkan persatuan-persatuan di luar LHDNM…

YBhg. Tan Sri berharap agar persatuan memainkan peranan yang penting dan lebih besar lagi pada masa-masa akan datang terutamanya ke atas isu-isu perkhidmatan pegawai-pegawai kanan LHDNM. YBhg. Tan Sri berpandangan bahawa Persatuan adalah badan yang lebih sesuai membawa isu-isu perkhidmatan kepada pihak pengurusan, seterusnya kepada kerajaan untuk memastikan segala isu-isu berkaitan dengan pegawai-pegawai kanan dapat di atasi.
Selain daripada itu YBhg. Tan Sri turut menjelaskan Persatuan EXEC perlu memainkan peranan yang lebih penting lagi iaitu mewujudkan hubungan rangkaian sosial dengan persatuan-persatuan lain bukan sahaja di LHDNM tetapi melibatkan persatuan-persatuan di luar LHDNM. Ini adalah bertujuan supaya satu hubungan silaturrahim dapat diwujudkan serta persatuan dapat bertukar-tukar pandangan dan fikiran untuk kebaikan semua ahli-ahli yang bernaung.