Monday, December 12, 2011

Ucapan

YBhg. Dato’,

Saya bagi pihak Exco Persatuan dan ahli EXEC seluruh negara ingin mengucapkan selamat menyambut hari jadi kepada YBhg. Dato’ yang ke-56 tahun pada 12/12/2011. Di doakan semoga YBhg. Dato’ sentiasa berada dalam keredhaan Allah s.w.t, diberi kesihatan yang baik, dipanjangkan umur, kekuatan  di dalam memimpin dan menerajui LHDNM ke arah kejayaan yang gilang gemilang pada masa kini dan akan datang.

Kami juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah di atas kejayaan YBhg. Dato’  kerana berjaya melakar sejarah yang amat gemilang di persada LHDNM dan negara kerana telah menjadi CEO LHDNM pertama mencetus anjakan paradigma ke arah kutipan RM100 bilion dan seterusnya berjaya mencapai sasaran  kutipan hasil RM100 bilion pada  21 November 2011  dan seterusnya berjaya membawa LHDNM mencapai sasaran kutipan cukai yang ditetapkan oleh kerajaan iaitu sebanyak RM 103.457 billion pada 4.58 petang 8 Disember 2011. Pada hari ini juga iaitu pada hari 339  YBhg. Dato menerajui LHDNM sebagai CEO, satu lagi lakaran sejarah telah tercipta  apabila LHDNM berjaya mengutip RM106 bilion. Tahniah dan syabas YBhg. Dato’.  Kami percaya akan banyak lagi kejayaan yang akan lakar dan dirai oleh LHDNM di bawa kepimpinan YBhg. Dato’ pada masa akan datang di dalam segenap skop dan aktiviti.

Sesungguhnya pencapaian LHDNM di bawah kepimpinan YBhg. Dato’ menjadi satu kebanggaan kepada warga hasil amnya dan ahli EXEC khususnya. Kami di dalam EXCO Persatuan dan semua ahli akan sentiasa mendokong aspirasi, strategi dan hasrat yang ingin dan dibawa oleh  YBhg. Dato’ ke arah mentransformasi LHDNM ke arah kejayaan yang gemilang dan terbilang pada masa akan datang sama ada di dalam negara atau persada dunia .

Sekian, terima kasih.

“ KESEPADUAN TERAS KEGEMILANGAN”

(BACHO ABDUL KARIM)

Thursday, December 8, 2011

PROGRAM BUAL BICARA BERSAMA KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF (CEO) LHDNM & TAKLIMAT KHAS TKP PENGURUSAN

Tuan/puan/cik,

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2.            Sukacita dimaklumkan bahawa Persatuan Pegawai Eksekutif Hasil Dalam Negeri Malaysia (EXEC) dengan berbesar hati ingin menjemput SEMUA AHLI EXEC untuk hadir sebagai peserta di dalam Program Bual Bicara bersama Ketua Pegawai Eksekutif Hasil Dalam Negeri Malaysia dan Program Sepetang Bersama Timbalan Ketua Pengarah ( Pengurusan ). Dilampirkkan attachment surat jemputan bagi makluman awal pengisian program yang dirancang. Cadangan program adalah seperti berikut: 

Hari                       :               Selasa
Tarikh                   :               28 Februari 2012
Masa                     :               8.30 pagi hingga 5.00 petang
Tempat                :               Dewan Hasil, LHNDM Cyberjaya

3.           Inisiatif program ini diadakan adalah bertujuan  untuk:
·         Mendalami hala tuju yang ingin dibawa oleh YBhg. Dato’ CEO LHDNM untuk mendepani cabaran tahun 2012 dan tahun-tahun mendatang serta mengupas cabaran dan strategi yang telah diambil dalam tempoh setahun menerajui LHDNM
·         Mendapat gambaran yang lebih jelas dari YBhg. Datuk Sabin Samitah berkenaan perancangan dan strategi dari persektif Pengurusan yang sedang dan akan dilaksanakan di LHDNM.

4.         Besarlah harapan persatuan untuk ahli mendaftar sebagai peserta program. Ahli-ahli yang berminat boleh mendaftarkan nama kepada wakil Cawangan/ Jabatan. Wakil Cawangan/Jabatan harus menyerahkan nama selewat-lewatnya pada atau sebelum 5 Januari 2012 kepada En Mohammad Fazli Lutffi ( JUU ). Untuk makluman juga Pengarah Projek bagi program ini ialah En Hisyamuddin Mohd Hassan.

Sekian, Terima kasih.

“ KESEPADUAN TERAS KEGEMILANGAN”


(NOR ANASFAHMI MOHD ANAS)