Monday, December 12, 2011

Ucapan

YBhg. Dato’,

Saya bagi pihak Exco Persatuan dan ahli EXEC seluruh negara ingin mengucapkan selamat menyambut hari jadi kepada YBhg. Dato’ yang ke-56 tahun pada 12/12/2011. Di doakan semoga YBhg. Dato’ sentiasa berada dalam keredhaan Allah s.w.t, diberi kesihatan yang baik, dipanjangkan umur, kekuatan  di dalam memimpin dan menerajui LHDNM ke arah kejayaan yang gilang gemilang pada masa kini dan akan datang.

Kami juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah di atas kejayaan YBhg. Dato’  kerana berjaya melakar sejarah yang amat gemilang di persada LHDNM dan negara kerana telah menjadi CEO LHDNM pertama mencetus anjakan paradigma ke arah kutipan RM100 bilion dan seterusnya berjaya mencapai sasaran  kutipan hasil RM100 bilion pada  21 November 2011  dan seterusnya berjaya membawa LHDNM mencapai sasaran kutipan cukai yang ditetapkan oleh kerajaan iaitu sebanyak RM 103.457 billion pada 4.58 petang 8 Disember 2011. Pada hari ini juga iaitu pada hari 339  YBhg. Dato menerajui LHDNM sebagai CEO, satu lagi lakaran sejarah telah tercipta  apabila LHDNM berjaya mengutip RM106 bilion. Tahniah dan syabas YBhg. Dato’.  Kami percaya akan banyak lagi kejayaan yang akan lakar dan dirai oleh LHDNM di bawa kepimpinan YBhg. Dato’ pada masa akan datang di dalam segenap skop dan aktiviti.

Sesungguhnya pencapaian LHDNM di bawah kepimpinan YBhg. Dato’ menjadi satu kebanggaan kepada warga hasil amnya dan ahli EXEC khususnya. Kami di dalam EXCO Persatuan dan semua ahli akan sentiasa mendokong aspirasi, strategi dan hasrat yang ingin dan dibawa oleh  YBhg. Dato’ ke arah mentransformasi LHDNM ke arah kejayaan yang gemilang dan terbilang pada masa akan datang sama ada di dalam negara atau persada dunia .

Sekian, terima kasih.

“ KESEPADUAN TERAS KEGEMILANGAN”

(BACHO ABDUL KARIM)

Thursday, December 8, 2011

PROGRAM BUAL BICARA BERSAMA KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF (CEO) LHDNM & TAKLIMAT KHAS TKP PENGURUSAN

Tuan/puan/cik,

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2.            Sukacita dimaklumkan bahawa Persatuan Pegawai Eksekutif Hasil Dalam Negeri Malaysia (EXEC) dengan berbesar hati ingin menjemput SEMUA AHLI EXEC untuk hadir sebagai peserta di dalam Program Bual Bicara bersama Ketua Pegawai Eksekutif Hasil Dalam Negeri Malaysia dan Program Sepetang Bersama Timbalan Ketua Pengarah ( Pengurusan ). Dilampirkkan attachment surat jemputan bagi makluman awal pengisian program yang dirancang. Cadangan program adalah seperti berikut: 

Hari                       :               Selasa
Tarikh                   :               28 Februari 2012
Masa                     :               8.30 pagi hingga 5.00 petang
Tempat                :               Dewan Hasil, LHNDM Cyberjaya

3.           Inisiatif program ini diadakan adalah bertujuan  untuk:
·         Mendalami hala tuju yang ingin dibawa oleh YBhg. Dato’ CEO LHDNM untuk mendepani cabaran tahun 2012 dan tahun-tahun mendatang serta mengupas cabaran dan strategi yang telah diambil dalam tempoh setahun menerajui LHDNM
·         Mendapat gambaran yang lebih jelas dari YBhg. Datuk Sabin Samitah berkenaan perancangan dan strategi dari persektif Pengurusan yang sedang dan akan dilaksanakan di LHDNM.

4.         Besarlah harapan persatuan untuk ahli mendaftar sebagai peserta program. Ahli-ahli yang berminat boleh mendaftarkan nama kepada wakil Cawangan/ Jabatan. Wakil Cawangan/Jabatan harus menyerahkan nama selewat-lewatnya pada atau sebelum 5 Januari 2012 kepada En Mohammad Fazli Lutffi ( JUU ). Untuk makluman juga Pengarah Projek bagi program ini ialah En Hisyamuddin Mohd Hassan.

Sekian, Terima kasih.

“ KESEPADUAN TERAS KEGEMILANGAN”


(NOR ANASFAHMI MOHD ANAS)

Monday, November 21, 2011

MAJLIS PERKAHWINAN

tahniah diucapkan kepada exco EXEC yang melangsungkan perkahwinan;

1. Khairiliana Binti Samsudin & Mohd Fairul Bin Mohd Wahid

2. Bacho Abd Karim & Merwati Binti Basri


semoga berbahagia hingga ke syurga..


TUAN BACHO



PUAN KHAIRILIANA




Tuesday, November 1, 2011

SEKITAR HARI INOVASI LHDNM 2011




PENDAFTARAN AHLI














LAWATAN OLEH DATO CEO DAN VIP









CABUTAN BERTUAH




















PETUGAS KAUNTER EXEC


PIHAK EXEC MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN DAN KERJASAMA SEMUA PIHAK


Wednesday, October 19, 2011

Taklimat Bajet 2012

EXEC akan menganjurkan satu Taklimat Bajet 2012 pada 2hb November 2011 bagi ahli-ahli yang berada di Cawangan sekitar Lembah Kelang. Taklimat ini di adakan bertujuan untuk memberi penerangan tentang pindaan-pindaan yang berkaitan Bajet 2011 kepada ahli-ahli yang tidak berpeluang hadir ke taklimat yang di anjurkan LHDNM baru-baru ini.

Tarikh, masa dan tempat taklimat adalah seperti di bawah :-

Tarikh : 2hb November 2011(Rabu)
Masa : 8.30 pagi – 1.00 t/hari
Tempat : Dewan Persidangan Sri Intan Aras 20 Cawangan Petaling Jaya

Perasmian oleh : Ybrs En Mahmood bin Daud
                                                     Pengarah Negeri
                             PPN Selangor

Sunday, October 16, 2011

PROGRAM EXEC BERTEMU AHLI

Kini kembali...Program “ EXEC bertemu Ahli “ akan bermula pada bulan ini.

Bermula di Cawangan Sg Petani pada 18 Oktober 2011 [ 2 petang ] dan pada 23 Oktober 2011 [ 2.30 petang ] di Cawangan Kuala Terengganu.

Sebarkan sebaiknya kepada semua di cawangan anda...


Sila berhubung dengan wakil anda untuk mengetahui program ini dengan lebih lanjut.

NEXT STOP ‘ EXEC bertemu Ahli di PERAK “

Friday, September 30, 2011

sekitar majlis rumah terbuka exec









Pihak EXEC mengucapkan terima kasih atas penglibatan dan kehadiran semua. Semoga usaha dan kerjasama semua akan berterusan demi kebaikan dan kesejahteraan bersama..

Sunday, September 4, 2011

Iftar bersama anak-anak Yatim anjuran EXEC, LHDNM

Program anjuran Persatuan Pegawai Eksekutif LHDNM (EXEC) itu mendapat kerjasama Sekolah Kebangsaan Selayang Baru 1 serta Yayasan Kebajikan Anak-anak Yatim Malaysia (YATIM). Majlis yang berlangsung di Sek. Keb. Selayang Baru 1 itu telah meraikan seramai 100 orang anak Yatim berumur 7 hingga 12 tahun dari sekitar Gombak dan Selayang, Selangor. Majlis telah disempurnakan oleh En. Bacho Abdul Karim, Presiden EXEC, LHDNM.



Turut hadir pada majlis tersebut adalah Tuan Saiyed Mohd Sharif Saiyed Hassan, Guru Besar Sek. Keb. Selayang Baru 1, En. Salehhuddin Osman, Pengarah Urusan YATIM, Wakil dari Jabatan Pelajaran Daerah Selayang dan Barisan EXCO Persatuan EXEC, LHDNM. En. Bacho (berkaca mata) ketika menyampaikan duit raya kepada anak-anak yatim yang diraikan.



Majlis telah dimulakan dengan berbuka puasa bersama anak-anak Yatim, solat maghrib berjemaah dan diakhiri dengan penyampaian sumbangan ikhlas daripada Persatuan EXEC, LHDNM kepada semua anak Yatim yang hadir. “Sumbangan berbentuk duit raya, kamus pelajar dan kupon pembelian buku latihan tersebut diharap dapat meringankan beban mereka dalam persediaan menyambut lebaran yang bakal tiba serta sesi persekolahan tahun hadapan,” ujar En. Bacho ketika diwawancara selepas program tersebut berlangsung.




Riak kegembiraan jelas terpancar diwajah setiap anak-anak Yatim yang menerima sumbangan hari raya tersebut. Gembira menerima sumbangan hari raya daripada Presiden EXEC, LHDNM. Wajah-wajah ceria anak-anak Yatim sementara menunggu waktu berbuka puasa.


Wednesday, August 24, 2011

Perutusan IdulFitri 1432H





Salam Sejahtera

Barisan Exco dan Ahli Persatuan EXEC yang dikasihi,

Saya mengambil kesempatan ini untuk menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf bagi pihak diri saya dan semua Exco tertinggi Persatuan EXEC sekiranya terdapat salah dan silap sepanjang kami menerajui Persatuan. Sesungguhnya kami telah berusaha untuk menunaikan amanah yang telah dipertanggungjawabkan dengan penuh dedikasi demi satu tujuan iaitu bagi memastikan Persatuan menjadi sebuah badan yang disegani dan dihormati dalam memperkasakan kebajikan, pengetahuan dan kepimpinan setiap ahli serta membantu memastikan segala wawasan, usaha dan program transformasi yang dilaksanakan oleh LHDNM dapat disempurnakan dengan jayanya.

Namun sebagai manusia biasa, kita tidak dapat lari dari melakukan salah dan silap. Justeru, marilah kita sama-sama mengambil kesempatan ini untuk bermaaf-maafan dan berlapang dada agar saling memaafi antara satu sama lain. Ia adalah bertepatan dengan matlamat ramadhan yang diperintahkan oleh Allah S.W.T iaitu untuk melahirkan insan yang bertakwa dan beriman kepadaNya. Adalah menjadi lumrah dalam sesebuah organisasi wujudnya pelbagai pandangan dan pendapat berkaitan sesuatu perkara atau isu yang timbul. Masing-masing mempunyai hujah dan idea untuk diketengahkan. Ia menunjukkan bahawa Exco dan ahli Persatuan mempunyai keazaman yang tinggi serta sentiasa bersedia untuk memberikan komitmen yang terbaik terutamanya dalam bentuk curahan idea yang sangat dialu-alukan.

Walau bagaimanapun kita perlu membuat satu keputusan yang terbaik untuk Persatuan secara musyawarah, dan sesuatu keputusan yang dibuat telah mengambil kira semua pandangan yang diketengahkan oleh semua pihak. Keputusan-keputusan ini dibuat secara kolektif demi kepentingan Persatuan bagi merealisasikan misi untuk memastikan Persatuan menjadi sebuah badan yang disegani dan dihormati dalam memperkasakan kebajikan, pengetahuan dan kepimpinan setiap ahli serta membantu memastikan segala wawasan, usaha dan program transformasi yang dilaksanakan oleh LHDNM dapat disempurnakan dengan jayanya. Untuk itu, keputusan yang telah dibuat oleh pihak Exco Persatuan perlu dilaksanakan serta dihayati oleh semua ahli untuk membantu dan bersama-sama Exco Persatuan ke arah misi yang ditetapkan.

Perkara ini tidak dapat dilaksanakan sekiranya kita tidak mempunyai ahli bersungguh-sungguh dan komited serta sanggup mengetepikan segala perbezaan pandangan demi kemajuan Persatuan. Kita perlu meletakkan kepentingan Persatuan mengatasi kepentingan lain sebagai syarat untuk melihat Persatuan ini dihormati oleh semua pihak sama ada di dalam LHDNM atau peringkat Nasional.

Dalam dunia yang penuh persaingan sekarang, kita memerlukan satu pasukan kerja yang sentiasa hebat dan bermotivasi tinggi. Saya percaya bahawa Exco dan ahli Persatuan merupakan sebuah pasukan kerja yang sentiasa mengejar kecemerlangan demi kecemerlangan. Ini dapat dilihat apabila kita telah berjaya mencapai beberapa kejayaan sebelum ini sama ada di dalam menjaga kebajikan dan kepentingan ahli atau urusan penganjuran aktiviti dan program.

Persatuan EXEC kini berada pada landasan yang terbaik untuk membuat lonjakan bagi mencapai kegemilangan yang lebih baik di LHDNM pada masa ini dan pada masa depan. Dari semasa ke semasa kita telah mengumpul kekuatan terutamanya dalam memperkemaskan pengurusan Persatuan dan  menjalinkan kerjasama dengan banyak pihak bagi memastikan barisan Exco dan ahli mempunyai jaringan yang luas dengan semua pihak di dalam mahupun luar. Selain itu, adalah diharapkan dengan kerjasama dan jaringan yang dijalinkan akan meningkatkan lagi kemahiran komunikasi dan pengurusan organisasi kepada Exco dan ahli supaya mereka lebih berdaya saing dan berdaya maju pada masa-masa akan datang.

Saya percaya dengan pelantikan Exco tertinggi sesi 2011/2012 Persatuan EXEC akan menjadi lebih kompetitif dan bakal bersaing dengan lebih teguh bagi memperkukuhkan peranannya sebagai sebuah Persatuan  yang lebih dinamik dan berwibawa.

Akhir kata, saya sekali lagi mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua Exco tertinggi dan ahli yang telah memberikan kerjasama dan berusaha bersungguh-sungguh bagi mengerakkan Persatuan sehingga ke tahap ini. Semoga Ramadhan yang dilalui dapat mempertingkatkan keteguhan keimanan kita kepada Allah S.W.T di samping telah memberi kita lebih keazaman untuk terus maju pada masa hadapan. Kepada yang bakal mengadakan perjalanan yang jauh bersama keluarga, nasihat saya, rancanglah perjalanan anda dengan betul dan berhati-hatilah di sepanjang perjalanan pulang agar selamat sampai ke kampung halaman. Sentiasalah ingat orang yang tersayang. Pastikan kenderaan dalam keadaan yang baik dan telah diselenggara lebih awal untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini

Selamat Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir dan Batin.

Sekian, terima kasih


“ KESEPADUAN TERAS KEGEMILANGAN”


(BACHO ABDUL KARIM)
Presiden
EXEC 2011-2012

Majlis Sumbangan Derma dan Berbuka Puasa Bersama-Sama Anak Yatim

Salam Sejahtera.
IFTAR BERSAMA ANAK-ANAK YATIM 2011, ANJURAN PERSATUAN PEGAWAI EKSEKUTIF (EXEC) LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA DENGAN KERJASAMA SEKOLAH KEBANGSAAN SELAYANG BARU 1 DAN YAYASAN KEBAJIKAN ANAK-ANAK YATIM MALAYSIA (YATIM)  


Pada 24 Ramadhan 1432H bersamaan 24 Ogos 2011, Persatuan Pegawai Eksekutilf Hasil Dalam Negeri Malaysia (EXEC) dengan kerjasama Sekolah Kebangsaan Selayang Baru 1 dan Yayasan Kebajikan Anak-Anak Yatim Malaysia (YATIM)  telah mengadakan satu Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak-Anak Yatim sekitar Selayang Baru. Majlis telah diadakan di Dewan Amal Sekolah Kebangsaan Selayang Baru 1, Selayang Baru.

Seramai 100 orang anak yatim yang berumur dari 7 hingga 12 tahun diraikan dalam suasana yang cukup meriah. Mereka terdiri daripada pelajar-pelajar Sekolah Kebangsaan Selayang Baru 1, Sekolah Kebangsaan Sungai Kertas, Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Selayang, Sekolah Kebangsaan (1) Taman Selayang dan Sekolah Kebangsaan Selayang Baru Dua.

Tetamu yang hadir pada majlis ini ialah Tuan Saiyed Mohd Sharif bin Saiyed Hassan, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Selayang Baru 1.  Encik Bacho Abdul Karim, Presiden EXEC, Pengarah Urusan YATIM, Encik Salehhuddin bin Osman dan wakil Jabatan Pendidikan Selayang.

Selepas solat Maghrib berjemaah, semua anak-anak yatim dan tetamu menikmati hidangan makan malam. Acara kemuncak ialah penyerahan sumbangan daripada pihak EXEC kepada anak-anak yatim yang diraikan. Sumbangan adalah berbentuk kamus, kupon pembelian buku latihan dan duit raya. Sumbangan ikhlas daripada ahli-ahli EXEC ini diharap dapat meringankan beban keluarga anak-anak yatim dalam menyambut lebaran yang bakal tiba.  Kegembiraan jelas terpancar di wajah anak-anak ini sepanjang majlis berlangsung.

Pihak EXEC mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan majlis ini terutamanya pihak YATIM dan Sekolah Kebangsaan Selayang Baru 1.
















Salam Ramadan Al Mubarak,

Tuan/Puan/Cik Yang Dirahmati.

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada e-mail saya bertarikh 3 Ogos 2011 berkenaan sumbangan/derma kepada anak yatim/warga tua serta berkenaan perkara di atas.

Alhamdulillah syukur diucapkan ke hadrat Allah SWT, kerana dengan KeizinanNYA jua Persatuan Pegawai Eksekutif Hasil Dalam Negeri Malaysia (EXEC) telah Berjaya mengutip sumbangan/derma iklhas daripada semua ahli-ahli EXEC seluruh negara untuk disedekahkan kepada anak-anak Yatim/Warga Tua sempena Bulan Ramadhan Yang Mulia ini sebanyak RM 8,395/-.
Untuk makluman juga perbelanjaan berbuka puasa untuk guru-guru pengiring dan Exco EXEC yang hadir adalah disumbangkan daripada duit sumbangan Persatuan EXEC dan bukannya daripada duit kutipan sumbangan sebanyak RM 8,395/-. **Manakala sumbangan kepada Ibu Tunggal/Warga Tua akan juga dilaksanakan dan tambahan sumbangan akan dibuat daripada duit persatuan mengikut jumlah bilangan Ibu Tunggal/Warga tua kelak yang akan ditentukan sedikit masa lagi dan akan dimaklumkan (sedang diuruskan oleh Biro CSR persatuan EXEC).

Maka adalah diharapkan agar wakil cawangan/jabatan dapat memanjangkan e-mail ini kepada semua ahli-ahli EXEC dicawangan/jabatan masing-masing untuk makluman semua.

Akhir sekali kami pihak Exco Tertinggi, AJK Pusat dan Wakil Cawangan/Jabatan ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidil Fitri yang bakal menjelang tidak beberapa lama lagi dan mendoa’kan semuga semua ahli-ahli EXEC seluruh negara selamat dalam perjalanan pulang dan kembali daripada bercuti hari raya. Pihak kami juga memohon ampun dan maaf daripada semua ahli-ahli EXEC, sekiranya dalam perjalanan untuk menguruskan persatuan EXEC ini terdapat sebarang kesilapan dan kelemahan yang tidak disengajakan.

Wassallam. Illaliqo’

Sekian, terima kasih

“ KESEPADUAN TERAS KEGEMILANGAN”



(MOHD RAZALI BIN ABD MAJID)

Monday, July 18, 2011

Sekitar Kunjungan Exco EXEC 2011-2012 bertemu Dato' Dr. Mohd Shukor Bin Hj Mahfar, CEO LHDNM











NOTIS AGM 2011 EXEC LHDNM


Assalamualaikum wkt dan Salam Sejahtera,

Tuan/Puan/Cik,

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas dan email makluman awal bertarikh 23 Jun 2011.

Adalah dengan ini dimaklumkan, Persatuan Pegawai Eksekutif ( EXEC ) akan mengadakan Mesyuarat Agung yang Ke Tiga pada:

Tarikh      : 23/07/2011 ( Sabtu )
Masa       : 9.30 pagi hingga 1.00 ptg 
Tempat   : Dewan Hasil, Tkt 16 Jalan Duta KL.

Sehubungan dengan itu, wakil cawangan dipohon untuk memaklumkan kepada ahli  Persatuan EXEC di jabatan/cawangan masing-masing berkenaan perkara ini. Rujuk Attachment, bagi Notis awal mesyuarat Agung, Agenda Mesyuarat Agong Ke Tiga dan Minit Mesyuarat Agung ke Dua.

Kehadiran dan kerjasama yang akan diberikan oleh tuan/puan bagi menjayakan Mesyuarat Agung yang Ke Tiga ini adalah amat dihargai. Mereka yang berminat untuk hadir hendaklah memaklumkan pengesahan kehadiran kepada wakil cawangan di mana wakil cawangan perlu memaklumkan kepada En Azmi Khairi Zainin selewat-lewatnya pada 20 Julai 2011 jam 4.30 petang. Kehadiran tuan/puan adalah signikfikan atas hakikat bahawa tanggungjawab memartabatkan EXEC ke peringkat yang lebih tinggi bukan lagi hanya terletak di baahu EXCO semata-mata, tetapi lebih kepada pengembelian seluruh ahli EXEC.


“ I find the great thing in this world is not so much we stand, as in what direction we are moving.”

Sekian. Terima kasih


“KESEPADUAN TERAS KEGEMILANGAN”

                  tt
(Nor Anasfahmi B Mohd Anas)
Setiausaha Kehormat
Persatuan Pegawai Eksekutif Hasil Dalam Negeri (EXEC)

Wednesday, July 13, 2011

sekitar lawatan EXEC bersama pengurusan ke PAJAK Indonesia

Peserta Delegasi bergambar kenang-kenangan di hadapan Hotel Green Alia Cikini Jakarta Indonesia sebelum bertolak ke Ibu Pejabat Pajak (Income Tax) Indonesia.

Bergambar kenangan ketika sesi lawatan di Pusat Latihan Pajak Kementerian Kewangan

Delegasi EXEC bergambar kenang-kenangan bersama-sama kepala kantor (pengarah) dan pegawai-pegawai di Pejabat Pajak Besar.

Melihat  dan mendengar sesi latihan pegawai-pegawai Pajak di dalam Kelas di Pusat Latihan Pajak Kementerian Kewangan

En. Bacho Abdul Karim,Timbalan Pengerusi EXEC menyampaikan cenderahati Persatuan kepada Dr. Ir. Chaizi Nasucha, Kepala Pusat, Pusat Pendidikan dan Pelatihan Pajak. Kementerian Kewangan Indonesia.

Delegasi Persatuan bergambar kenang-kenagan di hadapan Pejabat Badan Pendidikan dan Pelatihan Kewangan Kementerian Kewangan Indonesia sebelum bertolak ke Pejabat Pajak Besar (Large Tax Office) Indonesia.

Sesi lawatan dan penerangan fungsi di unit-unit Pejabat Besar Pajak

Lawatan ke Ibu Pejabat Pajak Indonesia-  Kawalan keselamatan yang ketat untuk keluar masuk ke Pejabat Pajak.

Pengacar majlis mengalu-alukan kehadiran Delegasi EXEC ke Pusat Latihan Pajak Kementerian Kewangan

Di antara pegawai Pejabat Pajak Besar yang sedang bertugas.

En. Bacho Abdul Karim, Timbalan Pengerusi EXEC menerima cenderahati daripada En. Amri Zaman, Kepala Kantor (Pengarah) Pejabat Pajak Besar sempena Lawatan Delegasi EXEC ke pejabat tersebut.

Makan Malam Bersama YBhg. Dato’ Dr. Mohd Shukor b. Hj Mahfar, CEO LHDNM sempena Lawatan Sambil Belajar Ke Direktorat Jenderal Pajak Indonesia.