Thursday, April 14, 2011

KEJOHANAN GOLF (JEMPUTAN) PERSATUAN PEGAWAI EKSEKUTIF HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA (EXEC) 2011

Tuan/Puan,

Dengan  segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2.         Sukacita dimaklumkan Persatuan Pegawai Eksekutif Hasil Dalam Negeri  Malaysia (EXEC) akan mengadakan Kejohanan Golf (Jemputan) EXEC-LHDNM 2011 seperti berikut:

            Tarikh             : 14 Mei 2011 (Sabtu)
            Tempat           : Kelab Golf Perkhidmatan Awam (KGPA)
            Masa               : 08.30 Pagi – 03.00 petang

3.         Untuk makluman tuan, Guest Of Honour bagi  kejohanan ini ialah YB Dato’ Dr. Awang Adek Husin, Timbalan Menteri Kewangan  Malaysia diiringi oleh  Dato’ Dr. Mohd Shukor Hj. Mahfar, CEO LHDNM.

4.         Kami dengan sukacitanya ingin menjemput  pihak tuan untuk mengambil bahagian dalam kejohanan tersebut. Bersama ini disertakan borang pertandingan untuk tindakan pihak tuan.

5.           Tawaran juga dibuka kepada pemain yang ingin berada di dalam flight bersama Guest Of Honour dan dikenakan yuran tambahan RM 1,000.00 sahaja.  Tawaran ini terhad kepada 2 orang pemain sahaja atas dasar siapa dahulu dia dapat.

6.           Sila kembalikan borang berserta bayaran kepada urusetia selewat-lewatnya pada 30 April 2011.

Sekian, terima kasih.


Mohd Azamuddin Mustapa

Tel  :  +603 6209 1000 ext 31798
H/P  : 012-3256399

No comments:

Post a Comment