Monday, April 4, 2011

Program Bual Bicara Bersama Tan Sri KSN dan CEO LHDNM


YBhg. Datuk/Datin Sri/Datin/Tuan/Puan

Sukacita dimaklumkan bahawa Persatuan Pegawai Eksekutif Hasil Dalam Negeri (EXEC) dengan kerjasama Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia akan mengadakan Program Bual Bicara YBhg Tan Sri Mohd Sidek B Hassan Ketua Setiausaha Negara Bersama CEO LHDNM. Program ini akan diadakan seperti berikut:

Tarikh         :07/06/2011
Masa           : 8.30 pagi – 12.00 t/hari
Tempat        : Auditorium APM, Bangi

Penyertaan adalah dibuka kepada semua warga Hasil. Kepada yang berminat untuk menghadiri program ini perlulah mendaftarkan nama kepada Ketua Perwakilan EXEC Cawangan/Jabatan masing-masing.

Keutamaan penyertaan adalah kepada Ahli EXEC dan tempat adalah terhad.

Sekian. Terima kasih


“KESEPADUAN TERAS KEGEMILANGAN”

          tt
(Nor Anasfahmi B Mohd Anas)
Setiausaha  Kehormat
Persatuan Pegawai Eksekutif Hasil Dalam Negeri (EXEC)

No comments:

Post a Comment