Sunday, September 4, 2011

Iftar bersama anak-anak Yatim anjuran EXEC, LHDNM

Program anjuran Persatuan Pegawai Eksekutif LHDNM (EXEC) itu mendapat kerjasama Sekolah Kebangsaan Selayang Baru 1 serta Yayasan Kebajikan Anak-anak Yatim Malaysia (YATIM). Majlis yang berlangsung di Sek. Keb. Selayang Baru 1 itu telah meraikan seramai 100 orang anak Yatim berumur 7 hingga 12 tahun dari sekitar Gombak dan Selayang, Selangor. Majlis telah disempurnakan oleh En. Bacho Abdul Karim, Presiden EXEC, LHDNM.



Turut hadir pada majlis tersebut adalah Tuan Saiyed Mohd Sharif Saiyed Hassan, Guru Besar Sek. Keb. Selayang Baru 1, En. Salehhuddin Osman, Pengarah Urusan YATIM, Wakil dari Jabatan Pelajaran Daerah Selayang dan Barisan EXCO Persatuan EXEC, LHDNM. En. Bacho (berkaca mata) ketika menyampaikan duit raya kepada anak-anak yatim yang diraikan.



Majlis telah dimulakan dengan berbuka puasa bersama anak-anak Yatim, solat maghrib berjemaah dan diakhiri dengan penyampaian sumbangan ikhlas daripada Persatuan EXEC, LHDNM kepada semua anak Yatim yang hadir. “Sumbangan berbentuk duit raya, kamus pelajar dan kupon pembelian buku latihan tersebut diharap dapat meringankan beban mereka dalam persediaan menyambut lebaran yang bakal tiba serta sesi persekolahan tahun hadapan,” ujar En. Bacho ketika diwawancara selepas program tersebut berlangsung.




Riak kegembiraan jelas terpancar diwajah setiap anak-anak Yatim yang menerima sumbangan hari raya tersebut. Gembira menerima sumbangan hari raya daripada Presiden EXEC, LHDNM. Wajah-wajah ceria anak-anak Yatim sementara menunggu waktu berbuka puasa.


No comments:

Post a Comment